Sampai Pontian tak buat apa-apa. Just rest, petang pergi Bazaar kat Parit Mesjid. Dapat jugak aku minum air kathira. Dah lama sangat nak minum.
Aktiviti hari ni memang unplanned activities. Auntie aku bawa keluar pastry, minta tolong buat kuih sama-sama, sebab peti ais dah penuh, tak boleh nak simpan barang lagi. So pastry ni kita orang buat savoury horn ( aku pun tak sure ni ke nama dia ). Tak snap la pulak gambar, ni aku ambil dari phone kakak aku.
Ni la rupanya bila kita dah pintal-pintal pastry tu. Sapu telur lepas tu bakar. Inti dia orang buat masa ni inti kentang. Habis buat pastry tolong Wak Pah @ auntie aku kupas kulit kurma. Buat air kurma untuk buka katanya. Senang je rupanya buat air kurma. Kupas kulit, buang biji, ambil isi je. Blend kan dengan susu cair. Macam tu je. Ikut tekak sendiri nak pekat atau cair. Letak ais, dah boleh minum.
Masa kupas kurma tu, ada sebotol kurma ajwa. Auntie kata tu kurma nabi, kurma mahal. Kita orang ambil sikit je buat air, yang lain kurma biasa. Makan kurma kan bagus, tapi aku tak pandai makan kurma. Hee!
On the way to Batu 36 smalam ayah beli daging. Hari ni ayah masak sup kaki. Wahh! Semua orang konon terpegun la kan, especially aku. Tak pernah tengok orang mengerjakan kaki lembu. Guna bunsen burner untuk bersihkan kaki. Lepas tu buang kasut dengan tumit dia.





1 smooch(es):
lembu pakai kasut ke sha??huhu
Post a Comment