Setelah bertungkus-lumus sampai pukul 3 pagi tadi buat sugar cookies, mak request mintak tolong aku buat danish pulak. Ades! Masalahnya alat yang betul tak ada. Kalau ikutkan nak keluar hari ni, nak beli cardstock supplies, tapi tak berapa sihat. Mak ayah pukul 10 dah keluar pergi Sabak Bernam jumpa my cousin bro. Baru dapat baby 2 days ago and it’s a boy! Aku dah tengok gambar kat facebook. Comel gila! Pipi dia gebu. :)
Ahmad Naqib Firash Ahmad Reza. Naqib ni kan, makcik-makcik dia semua expect dia keluar time almost raya tau. Aku suruh Kak Ija (cousin’s wife) tahan, deliver 31 ogos. Haha! Boleh pulak. Tak pun lahir time raya, bagi nama Syawal. Hikhik! Makcik-makcik dia memang memandai-mandai je kan?
And so aku pun gather barang & alat. Start la buat doh. Aku memang risau nak buat, sebab alat tak lengkap. Bila sampai masa nak buat tu, haih, quite seksa sebab aku guna cookie cutter. Jangan tanya la kan besar mana, tengok la sugar cookies aku besar mana. Cutter semua kecil-kecil. Resipi aku ambil dari Kak Fida.
Bahan-bahan
- 125 g mentega (1/2 buku)
- 45 g gula icing (1/3 cwn)
- 140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
- 1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
- 1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
- choc chips atau kismis - utk hiasan
- gula halus - utk tabur (opt)
- Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
- Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
- Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
Ni hasil, kalau ikut hati nak nangis guling-guling je buat ni. Nak picit alat tak ada, nak terap lembut sangat! Terkontang-kanting sorang-sorang. Ekekek! Last-last terap atas parchment paper. Senang sikit. Eh! Murah kan paper tu. RM1 lebih, banyak! Warna hijau merah tu mak request, nak gula warna-warna. Tak kisah, tak susah pun nak buat. Balik mak tanya nape tak guna gula kasar. Alamak! Dalam resipi akak ni guna gula castor. Aku ikut resipi. Tak terfikit pulak danish tin tu gula kasar. Hehe!
Please tutup mata and bayangkan bentuk dia macam dalam tin tu. ;p Masa bakar, tergugat sekejap iman. Sodapnyo bauuuuuuuuuu! Lepas buka mak rasmikan kuih aku tu, mak siap jerit “Sha sedapnya kuih ni sha! Macam dalam tin” Aku yang tengah basuh pinggan kat dapur terfikir. Yeke mak aku ni. Ke saje je tu. BIla aku makan je, aduhhhh! Memang sedap pun. Seriously can’t stop eating. Ni bukan puji diri yeee, resipi tu yang sedap.
Aku setuju dengan pendapat mak aku, next time buat tak payah letak gula, ada gula macam kurang sikit sedap dia. Apa- apa pun thanx banyak-banyak kat Kak Fida. ( Habis aku kena buat lagi raya ni ) ;p





0 smooch(es):
Post a Comment