Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Back when I was form 5. Macam biasa setiap bulan orang perempuan kan kena menstruasi. Selalunya kau orang kalau mens berapa lama eh? Aku paling kurang 2 hari, paling lama 7-9 hari. Tapi kalau yang lama tu sikit² keluarnya. Okay so masa tu minggu pertama berlalu, tak habis lagi mens. Layankan aje lah sebab pada aku tu dah biasa.
Masuk minggu kedua, aku dah rasa risau. Kenapa lama sangat kali ni. Aku still buat macam xde pape je sebab tak ada pun rasa sakit ke, period cramp ke tapi badan rasa lemah sebab masa tu aku kurang makan. Kena pulak masa tu tengah trial SPM. Bila balik dari exam je aku nak pitam. Ye lah. Sebab tak makan. Orang lain punya lah pelahap habis lunch kat dewan makan. Aku? Balik dorm makan biskut celup milo panas.
Masuk minggu ketiga, mens aku jadi teruk. Baru setengah jam pakai sanitary pad, dah bocor! Pergi tandas, tukar. Lepas 20 minit ke setengah jam, bocor lagi! S***! Kenapa dengan aku ni? Lama² mens tu normal. Fuh! Nasib baik. Badan dah lemah.
Minggu keempat paling seksa. Masa tu hari Khamis. Student form 5 ada Bengkel Bahasa Melayu. Aku ngan kawan pun siap². Kita orang lah orang yang paling awal terpacak kat depan dewan besar sekolah. Sementara tunggu dewan nak bukak kita orang duduk kat atas divider jalan. Sampai masa nak masuk dewan, bila bangun je, aku rasa darah meleleh kat kaki. Bocor lagi! T___T

Sebenarnya, hari tu mens aku luar biasa. Bukan cair yang macam semua orang biasa kena tu. Menstruasi ni bentuk dia keluar macam cincau. Exactly macam cincau, cuma yang membezakan dia, menstruasi cincau ni warna merah gelap, disertai dengan menstruasi cair. Jadi, cincau+cecair. Air cincau. *yang boboy tolong jangan bayangkan, kang kau orang tak minum cincau pulak kang TQ*
Gegirl, apa kau orang rasa bila kau orang tengah mens masa hari pertama atau hari kedua? Mesti tak selesa kan? Sebab keluar banyak. Tapi itu jenis cecair. Cuba kau orang bayangkan, benda yang bentuk dia separa pepejal macam cincau tu keluar dari kemaluan kau orang. Lagi tak selesa! Trust me! Rasa dia sangat² pelik dan tak selesa.
Tuhan saja lah yang tahu masa tu. Rasa tak selesa, tambah pulak keluar banyak. Fuh! Satu benda pun tak boleh nak buat. Badan pun lemah sangat. Lepas satu jam setengah dalam tandas, sebab nak biarkan mens aku keluar masuk terus dalam lubang jamban tu, mens da kurang, aku da boleh pakai sanitary pad macam biasa.
Esok harinya pulak hari Jumaat, bangun pagi nak pergi sekolah. Seronok sangat sebab nak balik KL. Rehat² kat rumah. Everything was fine until I reached Pekeliling. Bila bangun dari kerusi, mens meleleh lagi, keluar cincau! S*** lagi! Aku ingat dah okay. Intai kat kerusi bus, alhamdulillah nasib baik tak tumpah kat situ. Cepat² keluar bas, call mak pesan mintak tolong bentang surat khabar atas kerusi ngan lantai kereta. Nasib baik hari dah malam, dah la pakai baju sekolah, kain biru, Bayangkan kalau orang nampak? Hancus aku.
Balik tu cerita kat mak apa jadi. Esoknya aku buat medical check-up kat Hospital Pusrawi. Quite nervous sebab mak kata entah² fibroid. Ada batu dalam rahim. Jumpa doktor Gynaecology, dia scan perut aku *dah macam orang pregnant plak aku ni. aku teringin. ecece!* Doktor tgk, tak ada apa². Nasib baik! Lepas tu doktor tanya few questions tapi aku tak ingat la apa dia tanya. Yang pastinya aku ingat soalan terakhir doktor.
" Awak stress ke?"
Ding ding ding! Doktor sangat bijak. I love you lah! Muah muah! Masa tu aku kata "mungkin kot". Padahal memang pun aku stress. Sangat stress! Doktor kata, "Okay.. tak apalah lepas ni jangan stress sangat, saya bagi awak ubat hormon, makan ubat jangan miss". Habis!!! Tu lah ceritanya. Jadi main point nya kat sini "Emotions can cause abnormal menstruation cycle". Aku teringat sebab apa tau. Hari ni mens aku terlalu cair, pakai sanitary pad tapi meleleh-leleh. Macam mana??? T___T
Sepanjang 2 tahun aku sekolah kat sana memang aku stress sangat. Itulah sebabnya aku mengalami ketidakseimbangan hormon. Bukan tu je, migraine sekali. Adeh!
p.s: aku ni tak payah nak boboy ngan gegirl sangat la kan. Gedik je. Punch diri sendiri. *dush dush*





0 smooch(es):
Post a Comment